3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai

Maaf jika terlewat. Faiz baru saja pulang dari kenduri kahwin tengah hari tadi dan ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang bermain “tuju selipar” masa kenduri tadi. Wah, satu permainan yang pasti akan di ingati oleh mereka yang telah dewasa sekarang. Permainan “tuju selipar ini pun pernah dimainkan dalam kartun Upin & Ipin jika tidak silap. Sangat menarik dan cool sekali. Oh ya, entri kali ini Faiz akan mengimbau permainan yang semakin dilupai oleh kanak-kanak sekarang yang lebih gemar duduk di PC sahaja
3) Pukul Berapa Datuk Harimau

Hah, tak tahu nama saintifiknya dan inilah salah satu permainan kanak-kanak seusia Faiz di zaman kanak-kanak dahulu. Si harimau sibuk menyanyikan lagu dan ingin memakan mangsanya sambil dihalang oleh ibu si mangsa. Sangat seronok jika dapat mengimbau kembali zaman 10 tahun dahulu ini.
2) Police Anda Thief Want To Jaga
Tidak ketinggalan juga permainan kejar mengejar antara kawan-kawan di mana salah seorangnya akan menjadi polis dan yang lain menjadi pencuri. Lepas habis semua pencuri ditangkap, kiraan semula akan dilakukan dan di sambung dengan aksi kejar mengejar semula. Wah! sangat seronok!
1) Main Kahwin-Kahwin
Siapa mahu kahwin? Yey!! Permainan yang cukup indah bila di ingati ketika usia ini. Tak ramai kanak-kanak yang main permainan sebegini kerana sekarang kanak-kanak cukup “advanced” dalam otaknya. Bukan kahwin saja, malah lebih hebat daripada pemikiran seorang dewasa. hoho..
Bagaimana? Rasanya masih banyak permainan yang akan korang boleh ingat sampai bila-bila kan? Untuk dinyatakan di sini, mungkin terlalu banyak kan? Korang rasa apa lagi permainan yang masih boleh diingati? Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling indah dan seronok. Sebab apa? Bebas dari tekanan kerja dan hanya memikirkan permainan dan kawan-kawan sahaja! hehe. Setuju?
Sebanyak 103 Comments sudah diberikan. Anda bila lagi?